Feveret mama yanz sah-sah le kek coklat. Disebabkan mama yanz takde oven kat umah (huhu daif katakan) jadi semua kek yang dimasak menggunakan teknik KUKUS. Mudah dan cepat. Cuma tak tahan lama macam kek yang kita bakar.
Kat sini mama yanz copy resepi kek coklat moist dari blog cikmatahariku. Pic credits to her as well. So kalau korang ada masa, sila kunjungi blog cikmatahariku di sini ya :
Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus ( Menggunakan sukatan cawan )
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla
Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus
- Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
- Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
- Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.
- Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
- Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
- Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
- Kukus kek selama 1 jam.
1 cawan susu pekat manis
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu mentega
- Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk.Kacau perlahan sehingga larut.Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih.Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.
ATAU
500 gram coklat masakan
220 ml susu cair
( kalau guna coklat masakan, masak guna kaedah double boiler )

No comments:
Post a Comment