Friday, August 21, 2015

Kenapa?

Pendek je tajuk kan. Kenapa? Tapi banyak maksudnya tau. Kenapa guna nama blog yang tak glemer macam ni "akumamayanz"? Kenapa tiba-tiba berminat menulis blog? Kenapa dan kenapa dan kenapa.

1. Kenapa "akumamayanz"
Sebab itu je nama paling best aku boleh fikir pada masa ni. Aku Mama Yanz. Perkataan aku tu sah-sah merujuk kepada diri sendiri. "Mama" sebab aku seorang ibu. "Yanz" nickname aku. Jadinya apa salahnya pilih nama ni kan.

2. Kenapa berminat menulis blog?
Sebenarnya bukan lah minat sangat-sangat pun. Sebab aku ni kalau dikira dalam bab IT, memang kelaut...kedarat..ketepian...kelangit (oops tetiba teringat lagu Mendua), keparit....memang semua tu boleh menggambarkan tahap "kepandaian" aku dalam bab teknologi serba serbi hebat ni. Tapi disebabkan aku jenis suka sangat menulis. Ada je idea mencurah-curah. Dulu-dulu okaylah orang boleh tulis dalam diari, dalam majalah, dalam akhbar. Sekarang memang boleh lagi tulis dalam semua tu, tapi terasa macam nak jugak naik satu level kan...so blogging je lah. 

3. Kenapa..kenapa..dan kenapa
Hat soalan yang ni, memang aku takde jawapan. Sebabnya takde soalan pun. Setakat "kenapa" je.

Kalau korang tengok layout blog ni je pun korang dah boleh agak kan aku ni memang tak berapa nak cerdik bab-bab IT ni. Blog pun kusam aje (bukan setakat kulit je kusam tau). Tapi aku saja-saja nak mencuba.

Dulu-dulu ada jugak aku mencuba ber-blogging ni, tapi semua separuh jalan. hangat-hangat tahi ayam gitu. Huhu. Kita tengoklah blog yang ni boleh bertahan sampai bila. 

Bagi korang rileks kan minda sikit. Belanja gambar pemandangan indah ciptaan Allah ni. (Credit untuk tuan punya gambar yang tidak diketahui siapa)